Wanita maut kemalangan kendiri di Serian

Spread the love

KUCHING, 15 Mac: Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan jalanraya kendiri melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda di Kilometer 55, Jalan Kuching Serian tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu memaklumkan, kenderaan tersebut dipercayai terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang dan terhumban ke dalam parit.

“Kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Serian ke Kuching sebelum hilang kawalan dan terbabas,” jelasnya.

Pemandu, Ana Ekang, 52, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala penumpang, Leong Kah Chun, 30, mengalami kecederaan parah termasuk patah tulang bahu kanan.

Mayat mangsa dan mangsa cedera dibawa ke Hospital Daerah Serian untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.