COVID-19: Dua kematian dicatat di Sarawak, libatkan warga emas

Spread the love

KUCHING, 15 Mac: Sarawak merekodkan dua kes kematian akibat COVID-19 melibatkan bahagian Mukah dan Samarahan, masing-masing membabitkan warga emas berusia 65 tahun.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, di Mukah, kes melibatkan lelaki yang dilaporkan meninggal dunia pada 11 Mac lalu dengan jenazahnya dibawa ke Hospital Sibu serta tiada sejarah penyakit diketahui.

Manakala di Samarahan pula membabitkan seorang lagi lelaki yang dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac lalu.

Kes mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

Sementara itu, kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak kembali meningkat kepada empat angka dengan 1,867 kes baharu direkodkan.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 281,463. 

Kuching terus merekodkan kes harian positif COVID-19 tertinggi iaitu 812 kes, diikuti dengan Sibu sebanyak 167 kes, Miri (160 kes, Bintulu 158 kes dan Serian 103 kes.  – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.