Usaha pencarian Eric di Sungai Muara Tebas diteruskan

Spread the love

KUCHING, 14 Mac – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak – kanak lelaki Eric Chang yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu diteruskan pagi ini di Sungai Muara Tebas.

Lewat petang semalam, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menerusi kenyataan media mengesahkan pihak berkuasa sedang melaksanakan SAR di kawasan itu.

Seramai 12 anggota polis, empat anggota bomba dan empat anggota Maritim Malaysia (APMM) dikerah dalam SAR.

Pelbagai aset digunakan dalam SAR itu termasuk bot PSC -11 daripada Pasukan Polis Marin dan bot kilat milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini digunakan untuk operasi SAR.

Setakat ini tiada maklumat rasmi perimeter kawasan pencarian.

Sebelum ini, Eric Chang dilaporkan hilang pada pukul 9 pagi di rumah pengasuhnya di Bintawa , Isnin lepas.

Susulan itu, polis menahan empat individu termasuk ibu dan ayah kanak – kanak itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001.

Semalam , Ahsmon turut memaklumkan kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Polis semalam turut menafikan laporan yang tular mengenai penemuan mayat di kawasan itu semalam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.