Omicron : Kes baharu melebihi 350 000 dua hari berturut – turut di Korea Selatan

Spread the love

SEOUL, 13 Mac : Kes harian COVID-19 Korea Selatan terus mencatatkan angka melebihi 350,000 untuk hari kedua berturut-turut ketika negara ini sedang bergelut dengan penularan varian Omicron, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), negara itu melaporkan 350,190 jangkitan baharu COVID-19, termasuk 350,157 kes tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan seanyak 6,556,453.

Varian Omicron merebak dengan sangat pantas apabila jangkitan harian melebihi paras 300,000 buat kali pertama pada Rabu, hanya seminggu selepas melebihi 200,000 kes. Jumlah kes juga mencecah enam juta pada Sabtu, melonjak daripada lima juta dalam masa tiga hari. 

Lonjakan kes itu meningkatkan jumlah kematian dan pesakit kritikal. Sebanyak 251 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kepada 10,395.

Jumlah pesakit yang kritikal pula mencecah seramai 1,074, meningkat daripada 1,066 berbanding hari sebelumnya. 

Pada Jumaat, pihak berkuasa kesihatan meramalkan gelombang Omicron berkemungkinan memuncak dalam beberapa minggu akan datang, dengan purata mingguan kes virus harian melonjak sehingga 370,000. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.