PRN Johor: Pusat mengundi ditutup, kiraan undi sedang berlangsung

Spread the love

JOHOR BAHRU, 12 Mac: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini.

Sebanyak 36,729 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab dengan mengundi awal pada 8 Mac lepas.

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.  

Sehingga 4 petang tadi, separuh daripada jumlah pengundi biasa itu melaksanakan tanggungjawab mereka di pusat-pusat pengundian. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.