Lelaki maut dibaham buaya ketika menyelam cari kerang

Spread the love

PITAS, 12 Mac: Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika keluar mencari kerang di muara sungai Kampung Mapan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian rusuk.

“Mangsa dipercayai keluar mencari kerang di muara sungai bersama rakan-rakannya.

Berdasarkan siasatan, mangsa diserang buaya kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika menyelam ke dalam sungai,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan namun terdapat kesan gigitan pada bahagian tubuh mangsa.

Zairol berkata, mayat dibawa oleh keluarganya ke Pulau Sibogoh sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

“Tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan dalam kes ini namun siasatan tetap dijalankan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.