Kanak-kanak enam tahun maut dalam kemalangan di Miri

Spread the love

MIRI, 12 Mac: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer (KM) 17, Jalan Bakam Persisiran Pantai, di sini hari ini.

Aiden Chiang Yong Jun dilaporkan terpelanting keluar dari kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama-sama keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan pada pukul 8 pagi tadi membabitkan seorang pemandu berusia 39 tahun dan empat orang penumpang termasuk mangsa yang meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda terbabit datang dari arah Bekenu menghala ke Miri manakala sebuah lagi kenderaan datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenderaan pacuan empat roda berkenaan dikatakan hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum memasuki laluan bertentangan sehingga merempuh sebuah lagi kenderaan di bahagian hadapan lalu terbalik.

Kesemua mangsa kini sedang dirawat di Hospital Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan  Jalan 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.