Amerika Syarikat mahu kerjasama rapat dengan Sabah

Spread the love

KOTA KINABALU, 11 Mac: Amerika Syarikat (AS) komited untuk menjalinkan kerjasama erat dengan Sabah membabitkan isu alam sekitar, hak asasi dan struktur kesihatan awam.

Dutanya ke Malaysia, Brian D. Mcfeeters berkata, setakat ini beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kerajaan negeri serta pakar alam sekitar dan kesihatan.

Jelas Mcfeeters, kedutaan negara itu di Malaysia sudah lama mempunyai perkongsian dengan Sabah.

“Kami telah berbincang dengan pegawai kerajaan, termasuk Jabatan Perhutanan, tentang rancangan untuk memelihara hutan di Sabah.

Kami sangat gembira mendengar tentang rancangan untuk memelihara saki baki hutan untuk meningkatkan jumlah kawasan dilindungi. Ini adalah berita baik untuk Sabah, Malaysia dan dunia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sempena lawatan tiga hari ke Sabah, Mcfeeters telah bertemu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Berhubung dengan keputusan Malaysia untuk membuka semula sempadannya, beliau turut memberi reaksi positif.

Katanya, AS merupakan pelabur kedua terbesar di Malaysia serta mempunyai banyak syarikat penting yang beroperasi di sini.

“Mereka (pelabur AS) bersemangat mendengar berita pembukaan semula sempadan kerana telah membuat pelaburan termasuk menghantar rakyat Malaysiake AS untuk pelbagai latihan peningkatan lanjutan.

Penutup (sempadan) telah menyebabkan pelbagai gangguan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut melihat Sabah sebagai negeri yang sangat berpotensi untuk maju dalam bidang pelancongan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.