Lima wanita asing ‘bos’ kelab malam beroperasi tanpa lesen ditahan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Lima wanita warga asing bersama seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana membuka pusat hiburan tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dalam operasi pada pukul 10 malam tadi di Jalan Pudu Ulu, pihaknya mengesan pemilik premis berkenaan turut menggaji pekerja asing yang tidak mempunyai permit.

Katanya, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap 51 orang warganegara kerana terlibat dengan aktiviti hiburan yang menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 yang masih berkuatkuasa.

“Kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau,”katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, jumlah kompaun keseluruhan yang dikeluarkan ialah sebanyak RM51 000.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (Pin 2002). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.