Dua kematian baharu COVID-19 di Sarawak, JPBN kesan kluster Citrawarna

Spread the love

KUCHING, 9 Mac: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengesahkan kemunculan Kluster Citrawarna di Kuching hari ini. 

Menurut JPBN Sarawak, setakat ini seramai 21 orang telah disahkan positif manakala 32 individu lagi negatif selain enam masih menunggu keputusan ujian.

Sementara itu, dua kematian baharu melibatkan warga emas turut direkodkan hari ini.

“Lelaki berusia 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik meninggal dunia di Hospital Kapit pada Isnin lepas.

Seorang wanita berusia 60 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis meninggal di Mukah semalam,” jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Kes baharu di Sarawak masih berlegar di sekitar empat angka apabila 1,727 kes direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 kepada 272,142 sejak dilanda pandemik. 

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 1,741 merupakan kategori satu dan dua manakala 13 kes kategori tiga, empat dan lima.

Kuching terus merekodkan kes harian positif COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 584 kes, diikuti dengan Miri sebanyak 281 kes, Sibu 193 kes, Bintulu 115 kes dan Samarahan 100 kes.  – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.