Dr Juanda pula positif Covid-19

Spread the love

KUCHING, 9 Mac: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya hari ini mengesahkan bahawa beliau turut positif COVID-19.

Menerusi perkongsian di Facebook, Juanda berkata , beliau disahkan dijangkiti virus berkenaan tengah hari semalam selepas melakukan ujian kendiri.

“Saya mula berasa kurang sihat pada Isnin malam.

“Ketika ini saya diarahkan menjalani kuarantin kendiri sehingga 14 Mac depan selepas membuat kemaskini keputusan ujian di aplikasi MySejahtera,” katanya.

COVID19 Malam Isnin 7 Mac lepas saya merasa badan kurang selesa dan sedikit selsema. Tengah hari Selasa 8 Mac saya…

Posted by Juanda Jaya on Tuesday, 8 March 2022

Katanya, beliau hanya mengalami simptom ringan sahaja. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.