Sarawak raih perak beregu lelaki Kejohanan Boling Antara Negeri

Spread the love

Kredit foto: MTBC

KUCHING, 8 Mac: Pasukan boling Sarawak yang sedang bersaing dalam Kejohanan Boling Antara Negeri 2022 di Bandar Sunway, Petaling Jaya meneruskan kutipan pingat pada hari kedua kejohanan.

Hari ini, giliran gandingan Abner Loo dan Daniel Tan menamatkan kedudukan podium apabila meraih pingat perak acara beregu lelaki.

Emas diraih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dibarisi bekas juara dunia, Rafiq Ismail yang berpasangan dengan Timmy Tan manakala wakil Johor, Muhammad Nur Aiman dan Syed Hafiz pula membawa pulang gangsa.

Semalam Abang Afiq Yazid menyumbang pingat perak dalam perseorangan lelaki manakala Lavinia Kho meraih gangsa acara remaja wanita untuk skuad Bumi Kenyalang. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.