Abang Johari alami simptom ringan, jalani kuarantin kendiri di rumah

Spread the love

KUCHING, 8 Mac: Premier Sarawak, telah disahkan positif COVID-19 sejak semalam. Pejabat Premier Sarawak mengesahkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas positif COVID-19.

Menurut kenyataan media, Abang Johari setakat ini hanya menunjukkan simptom ringan.

Pada masa sama, Abang Johari turut mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan yang ditunjukkan pelbagai lapisan rakyat terhadap kesihatannya.

Hari ini, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah mengesahkan Premier Sarawak didapati positif virus berkenaan semalam. – TVS

Kenyataan dari Pejabat Premier

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.