Dua ekor lagi buaya sungai Igan berjaya ditangkap

Spread the love

MUKAH, 8 Mac: Nelayan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di Sungai Igan diingatkan agar berwaspada berikutan penangkapan dua ekor lagi buaya di kawasan itu.

Seekor daripadanya berjaya dibunuh manakala, seekor lagi masuk ke dalam perangkap pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan empat ekor setakat ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, buaya keempat masih hidup selepas gagal melepaskan diri dalam perangkap yang dipasang oleh pihak SFC.

“Buaya itu masih hidup, dihantar ke Sibu untuk proses seterusnya oleh pihak berkuasa.

“Sehubungan itu, saya berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertindak pantas untuk memastikan bilangan populasi buaya dalam sungai Igan,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Jemoreng menggesa penduduk agar berhati-hati kerana dipercayai masih banyak buaya lain di dalam sungai tersebut.

Ini kerana katanya, penduduk bukan sahaja pernah terserempak malah sempat merakam aksi haiwan ganas itu.

“Usaha mengesan buaya yang lain sedang giat dilakukan. Saya difahamkan, perangkap lebih besar sedang diusahakan untuk dipasang,” ujarnya. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.