COVID-19: Kes baharu di Sarawak kembali empat digit

Spread the love

KUCHING, 8 Mac: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak kembali mencecah empat digit apabila 1,903 kes dilaporkan berbanding 857 kes semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, antara tiga daerah yang mencatatkan jumlah kes tiga angka ialah Kuching dengan 754 diikuti Miri (217) dan Sibu (194).

Pertambahan angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak sebanyak 270,415.

Daripada jumlah kes baharu itu, hanya satu kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator.

Selain itu, dua kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan dua orang warga emas.

Kes kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang tahap akhir, dan meninggal dunia di Hospital Miri pada Sabtu lepas.

Manakala, kes kedua pula melibatkan seorang wanita yang berusia 83 tahun dengan sejarah penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Kes meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada Sabtu lepas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.