Hantar lokasi menerusi WhatsApp, mangsa terperangkap dalam hutan diselamatkan bomba

Spread the love

KUCHING, 7 Mac : Tiga mangsa termasuk seorang warga emas yang dilaporkan sesat dalam hutan ditemui selamat di Kampung Selabat, Kuching awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada pukul 7.57 malam tadi.

” Sehubungan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

Pihak Bomba berjaya mengesan kedudukan tiga mangsa berdasarkan lokasi menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh salah seorang mangsa,” katanya menerusi kenyaan media hari ini.

Ujar beliaU, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Kedu Jutek, 81, Wildon Chani, 51, dan Monica Tandai, 49, ditemui pada pukul 3.20 pagi oleh pasukan SAR dalam keadaan kelihatan selepas hampir lapan jam terperangkap.

“Punca mereka tidak dapat keluar dari kawasan hutan itu ialah kerana hujan lebat selain kejadian air pasang,” katanya.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 4.50 pagi tadi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.