Kadar Dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus – Ismail Sabri 

Spread the love

SEGAMAT, 6 Mac : Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)  mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2021.

Perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaako ketika mengumumkannya hari ini berkata ia merupakan kadar tertinggi sejak pentadbiran negara bertukar tangan pada 2018. 

Beliau berkata ia merupakan hasil komitmen dan kesungguhan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, LTAT dan semua pihak berkepentingan.

“Waktu Pakatan Harapan (PH) dividen rendah, sekarang tinggi semula di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

“Insya-Allah dengan kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin, tahun depan akan lebih tinggi lagi dividen,” katanya ketika merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Kem Segamat di sini , hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.