Operasi ‘3 pagi’ rampas arak dan rokok tidak bercukai lebih RM2 juta di Simunjan

Spread the love

KUCHING, 4 Mac: Op Kontraban yang dilancarkan oleh Pasukan Polis Marin, Wilayah Lima, berjaya merampas rokok, minuman keras dan dua buah lori dengan anggaran nilai RM 2,300,495.15.

Komandernya, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, dalam operasi pada pukul 3.30 pagi semalam, Unit Risikan Marin yang diketuai oleh seorang pegawai dan lima anggota telah memeriksa dua buah lori di bahu jalan, kira – kira satu kilometer (km) dari simpang Simunjan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali.

Katanya, dua lelaki tempatan yang mengendalikan kenderaan berat itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan rokok dan minuman keras yang dibawa oleh mereka.

“Barangan yang berjaya dirampas adalah sebanyak 3,510 kotak minuman keras pelbagai jenama, 30 kotak rokok kretek dan 150 kotak rokok putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulfikar memberitahu, kesemua barangan tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.