Tun Taib Mahmud terima kunjungan hormat Panglima Medan Timur Tentera

Spread the love

KUCHING, 3 Mac: Tuan Yang Terutama (TYT) , Yang di-Pertua Negeri Sarawak , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Panglima Medan Timur Tentera, Leftenan Jeneral Dato Marzuki Muhamad di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya hari ini.

Kunjungan Marzuki adalah bagi menjemput Tun Abdul Taib menghadiri Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) yang akan berlangsung pada 28 hingga 31 Mac 2022 ini.

Panglima Medan Timur Tentera, Leftenan Jeneral Dato Marzuki Muhamad di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya hari ini.

Menurut Marzuki, pameran tersebut akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia dan pelbagai program akan dilaksanakan sepanjang pameran itu yang disertai oleh 253 pemain industri berkenaan.

“Selain pameran, turut juga diadakan program seperti Forum Putrajaya yang akan melibatkan Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera.

Forum ini akan membincangkan isu berkaitan dengan keselamatan serantau.

“Dalam pada itu, kami akan mengadakan seminar berkaitan dengan keganasan siber atau cyberterrorism,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menghantar jemputan kepada Tun Abdul Taib.

DSA diadakan setiap dua tahun dan ini merupakan kali ke -17 pameran berlangsung. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.