Tujuh kawasan berisiko banjir di Sarikei dipantau

Spread the love

SARIKEI, 2 Mac: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei memberi perhatian kepada tujuh kawasan berisiko banjir di daerah ini melalui pemantauan berterusan.

Ketua BBP Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata, kawasan berkenaan ialah Sungai Mugu Muara Payang, Kampung Baji, Bayong, Kampung Seberang, Sare, Jalan Repok dan Sungai Kesa.

Katanya, tindakan dibuat bagi menjamin keselamatan orang awam dan penduduk supaya mereka sentiasa berwaspada dan segera berpindah jika keadaan semakin buruk.

“Ketika tinjauan di Jalan Ixora, Cempaka dan Kampung Seberang semalam, kita mendapati kebanyakan kawasan masih seperti biasa.

“Pemantauan juga dilakukan ketika air pasang,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berisiko supaya kekal berwaspada berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

” Segera memaklumkan kepada bomba sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.

Ketika ini, pemantauan di kawasan berisiko dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali sehari,” jelasnya. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.