Roxy Tasik Biru Bau tambah khidmat bot peronda, tingkat langkah keselamatan  

Spread the love

BAU, 1 Mac : Sebagai langkah meningkatkan keselamatan pengunjung, Roxy Tasik Biru Resort City Bau akan menambah perkhidmatan bot-bot peronda di sekitar kawasan tasik berkenaan.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holding Sdn Bhd, Lee Chin Tek berkata cadangan berkenaan sebagai memperhebatkan tahap keselamatan tempat peranginan tersebut.

“Keselamatan terus menjadi keutamaan kami. Dengan bayaran masuk RM10, jaket keselamatan dan minuman diberikan.

“Malah, selepas lawatan Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin hari ini juga, kami bercadang untuk menambah satu lagi khidmat keselamatan iaitu bot peronda di sekitar tasik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan taklimat khas mengenai Pelan Induk Pembangunan Tasik Biru Resort City di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau mengakui pihaknya ada menerima aduan mengenai caj bayaran masuk yang didakwa terlalu mahal.

Bagaimanapun perkara berkenaan tidak dapat dielakkan bagi menampung kos penyelenggaraan serta tanggungjawab mereka dalam memastikan kawasan peranginan itu sentiasa bersih.

Mengulas lanjut katanya, pembangunan kawasan peranginan itu akan diteruskan ke beberapa fasa lagi.

“Saya akan menaiktaraf kuil yang berusia 200 tahun dengan menambah kemudahan kereta kabel.

“Saya juga berazam untuk membina sebauh pada golf di sini, jadi banyak projek-projek besar yang akan dilaksanakan di kawasan ini,” jelasnya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.