Nasib baik ada Abang Bomba

Spread the love

BINTANGOR, 1 Mac: Cermin pintu sebuah kereta terpaksa dipecahkan dalam satu operasi khas Bomba untuk membantu mengeluarkan kunci yang tertinggal di dalam kenderaan itu di Jalan Mahkamah di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, sepasukan lima anggota bergegas ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan bantuan pada 7.15 malam.

Sebaik tiba di lokasi empat minit kemudian, anggotanya mendapati kunci kereta itu masih di dalam kenderaan berkenaan.

“Kami cuba membuka kunci kereta tersebut menggunakan pembaris dan pita pelekat namun usaha lebih sejam itu gagal. Akhirnya pemilik kereta mencadangkan  untuk memecahkan cermin tingkap belakang kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selepas persetujuan dicapai, Pasukan Bomba bertindak memecahkan cermin tingkap belakang sebelah kiri kereta tersebut menggunakan peralatan ‘Persuader.’

Katanya, pintu kereta terbabit akhirnya berjaya dibuka sepenuhnya pada jam 9.00 malam.

“Sejurus selesai, kita melakukan pemeriksaan susulan sebelum bertolak balik ke balai. Tiada sebarang kemalangan jiwa sepanjang operasi,” jelasnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.