Keselamatan pengangkutan air tempat rekreasi terus dipantau

Spread the love

BAU, 1 Mac : Kementerian Pengangkutan terus agresif memantau kemudahan dan memastikan tahap keselamatan pengangkutan air di negeri ini terjamin termasuklah di tempat-tempat rekreasi.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata ini kerana semakin banyak tempat rekreasi melibatkan aktiviti-aktiviti air diwujudkan sejak kebelakangan ini.

“Jadi dengan wujudnya tempat-tempat rekreasi maka pengunjung atau pelancong semakin bertambah.

“Di sini kita melihat pentingnya untuk sesebuah lokasi tarikan pelancongan itu mematuhi langkah keselamatan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan taklimat khas mengenai Pelan Induk Pembangunan Tasik Biru Resort City di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Tasik Biru City Resort, katanya beliau berpuas hati dengan tahap keselamatan tasik berkenaan sebagai tempat tumpuan pelancongan di Sarawak yang menggunakan bot sebagai kemudahan pengangkutan.

“Bagi kementerian apabila ia berkaitan dengan air termasuk tasik, iaitu di bawah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), kita akan terus memantau sama ada kawasan berkenaan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diperlukan.

“Untuk Tasik Biru, kemudahan dan operasi aktiviti ‘boat cruise’ dan ‘peddle boat’ memuaskan meski baru beroperasi beberapa bulan yang lepas,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kementerian juga telah melancarkan lima ‘lifebuoy’ sebagai penanda keselamatan di Tasik Biru pada Isnin.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.