TERKINI: Rusia gagal tawan Kyiv, namun berjaya masuk Kharkiv

Spread the love

KUCHING, 27 Feb: Cubaan tentera Rusia untuk menawan Kyiv, ibu negara Ukraine malam tadi gagal apabila pertempuran sengit dengan tentera Ukraine menyaksikan mereka diusir keluar.

Lapor AFP, Ukraine melaksanakan perintah berkurung di pusat bandar namun setakat ini 198 kematian dilaporkan membabitkan orang awam termasuk tiga kanak – kanak akibat serangan malam tadi.

Sementara itu, BBC sebentar tadi melaporkan ketika ini sedang berlaku pertempuran membabitkan tentera Ukraine dengan Rusia di Kharkiv, bandar di timur Ukraine yang terletak berhampiran Rusia.

Tentera Rusia dilaporkan berjaya memasuki Kharkiv seperti disahkan pegawai tempatan.

Beberapa letupan turut kedengaran dengan antara yang dibedil Rusia termasuklah saluran gas bawah tanah.

Media Ukraine pula melaporkan New Kakhovka, iaitu bandar di selatan negara itu kini ‘jatuh’ ke tangan Rusia.

Sementara itu, Australia menjadi negara terbaharu mengumumkan akan menghantar senjata api kepada Ukraine untuk menentang pencerobohan Rusia.

Sebelum ini, Jerman juga mengesahkan akan menghantar senjata ke Ukraine. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.