‘Wow factor’ Citrawarna Keluarga Malaysia 2022, Konsert Sape di atas pentas terapung disasar catat Malaysia Book of Record

Spread the love

KUCHING, 24 Feb: Konsert Sape diatas Sungai Sarawak disasar mencatat Malaysia Book of Record.

Ia merupakan salah satu persembahan mega yang bakal berlangsung di atas pentas terapung di Tebingan Kuching sempena Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

Setiausaha Bahagian, Bahagaian Pengurusan Acara Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Radzi Omar, memaklumkan, pentas yang menggunakan kapal itu  merupakan ‘wow factor’  pada penganjuran Citrawarna kali ini.

“Selama 17 tahun penganjuran Citrawarna, ini merupakan kelainan yang kita (MOTAC) bawa selepas hampir lima tahun tiada penganjuran yang mana dua tahun kebelakangan ini disebabkan COVID-19.”

“Kita bawa satu kapal besar yang diletakkan di depan waterfront, dengan keluasan 180 kaki lebar dan 50 kaki panjang, kita letakkan semua artis, penari, penyanyi dan pemuzik di satu tempat,” katanya ketika ditemubual TVS hari ini.

Pentas terapung yang menggunakan kapal itu  merupakan ‘wow factor’  pada penganjuran Citrawarna kali ini.

Malah katanya, dengan susun atur persembahan dan papan layar LED yang disediakan, beliau yakin malam perasmian Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 akan cukup meriah.

“Salah satu yang menarik juga adalah pada malam 27 Februari akan ada satu konsert Sape, yang mana kita angkat Sape ini dan jadikan sebagai salah satu persembahan Malaysia Book of Record,“ ujarnya lagi.

Konsert Sape selama dua jam tanpa henti pada 27 Februari itu merupakan elemen yang cukup unik, dengan melibatkan artis muzik sape dan penyanyi tempatan.

Konsert Sape selama dua jam tanpa henti pada 27 Februari itu merupakan elemen yang cukup unik, dengan melibatkan artis muzik sape dan penyanyi tempatan.

Secara keseluruhannya, Radzi memberitahu seramai 250 orang dibenarkan berada di atas pentas terapung itu sepanjang persembahan berlangsung.

Dalam pada itu katanya, kawalan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) juga dikuat kuasakan bagi mengelakan penularan COVID-19.

“Untuk kemasukan ke kawasan, pihak kami hadkan 350 pengunjung untuk tempoh masa satu jam dan di pintu masuk nanti pengunjung akan diberikan tag,” katanya.

Justeru, para pengunjung dinasihatkan supaya bertolak ansur agar setiap orang dapat menikmati kemeriahan Citrawarna dalam norma baharu disamping mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlansung selama empat hari bermula 24 Februari di Tebingan Sungai Kuching itu bertujuan mendekatkan masyarakat umum khususnya yang berada di Sarawak dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia.

Ia juga sebagai mempromosi Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori gastronomi – World Craft City.

Antara aktiviti program termasuk Festival Gendang Sarawak, Festival Kraf Sarawak, Peragaan Busana Kraf Tekstil Malaysia, Pameran Gastronomi, Treasure Hunt, Konsert Sape dan Persembahan Bunga Api dan Muzikal Water Fountain. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.