COVID-19: Tiada kluster baharu direkodkan di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 23 Feb: Sarawak mencatatkan sebanyak 424 kes hari ini, sedikit menurun berbanding 441 kes semalam. 

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak sebanyak 257,536 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, majoriti daripada kes positif pada hari ini, iaitu 415 kes, berada dalam Kategori 1 (Tiada Gejala) dan 2 (Gejala Ringan), manakala lima kes dalam Kategori 3 dan dua kes masing-masing dalam Kategori 4 dan 5.

“Daerah Kuching sekali lagi mencatatkan kes tertinggi dengan 142 kes, diikuti Sibu 90 kes dan Miri 72 kes. Kapit pula merekodkan sebanyak 25 kes dan Bintulu 24 kes.” tambahnya lagi.

Kenyataan media tersebut juga menjelaskan bahawa tiada kluster baharu dan kes kematian direkodkan di Sarawak pada hari ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.