Sembunyi kelahiran dan tanam bayi, pasangan kekasih ditahan di Miri

Spread the love

MIRI, 22 Feb: Tindakan pasangan kekasih remaja merahsiakan kelahiran bayi dan menanam mayatnya terbongkar apabila warden sekolah membawa pelajar perempuan berusia 19 tahun terbabit ke Hospital Miri kerana mengalami pendarahan teruk.

Polis Miri yang menerima maklumat berhubung kejadian telah menahan pasangan berusia 19 dan 29 tahun yang kemudian membawa kepada penemuan mayat bayi yang sudah reput ditaman berhampiran rumah teman lelaki suspek di Kampung Bukit Jagus, Lambir dekat sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, pasangan terbabit telah ditahan di dua lokasi berasingan sekitar jam 3.30 pagi pada Ahad.

“Mayat bayi yang dipercayai berusia kurang seminggu itu telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Katanya, hukuman tegas akan diambil terhadap individu dan mereka yang bersubahat melakukan kesalahan membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran

“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Tambahnya, Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.