Sarawak sasar 1.2 juta pelancong dari luar negeri pada tahun ini

Spread the love

KUCHING, 22 Feb: Jumlah pelancong ke Sarawak sejak Januari dan Februari pada tahun lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 500 peratus.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, berkata, ini menunjukkan pelancong yakin penularan COVID-19 di negeri ini terkawal.

“Ketibaan pelancong ke Sarawak sejak bulan Januari dan Februari pada tahun lalu meningkat sebanyak 500 peratus,” ujarnya.

Beliau menambah, Sarawak pada tahun ini menyasarkan ketibaan 1.2 juta pelancong ke negeri ini yang dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM3.2 bilion.

Kedatangan ini, katanya, termasuk dari negara-negara yang mempunyai Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat.

“Seperti yang kita tahu, kebanyakan pelawat yang kita terima adalah dari Brunei. Walaupun mereka datang ke sini menggunakan jalan darat, mereka juga akan membeli-belah,” kata Abdul Karim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak, pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin, sekiranya keadaan COVID-19 reda, semua acara berprestij, seperti Festival Muzik Dunia Hutan Hujan, Spartan Race, dan Maraton Kuchingt, dapat dianjurkan semula.

“Dalam penganjuran semua festival ini, kita sentiasa memastikan agar semua yang datang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi,” tambahnya. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.