Diserang sakit jantung, guru bertemu ajal di pembahagi jalan

Spread the love

SIBU, 21 Feb : Sebuah kereta jenis perodua Axia hilang kawalan sebelum terbabas di kiri jalan dan melanggar pembahagi jalan selepas pemandunya dipercayai terkena serangan jantung.

Kejadian berlaku di Jalan Teng Chin Hua di Sibu pada malam Sabtu lepas.

Pada jam 6.45 petang, mangsa yang dikenali sebagai Norizam Mohamed, 49, dikatakan dalam perjalanan ke rumah selepas bermain futsal di pusat bandar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, “mangsa didapati tidak sedarkan diri dan telah disahkan petugas ambulans meninggal dunia di tempat kejadian.”

Berdasarkan maklumat yang diperoleh mangsa ada memaklumkan kepada rakannya mengenai kesihatannya yang kurang sihat dan ingin pulang awal ke rumah.

Mangsa merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Sibu.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal selepas kemalangan tersebut dan mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah seksyen 41(1) akta pengangkutan jalan 1987.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comments

  1. I love reading news and articles in TVS.

  2. Bagus artikel tok.. More local content

Leave a Reply

Your email address will not be published.