TVS catat 9 juta penonton – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 20 Feb : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berbangga dengan prestasi cemerlang yang dicatatkan stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak, TVS yang berjaya meraih tontonan tinggi mencecah sembilan juta penonton.

Abang Johari berkata, beliau dimaklumkan perkembangan berkenaan oleh Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Datuk Norhayati Ismail baru – baru ini bahawa TVS sudah mula mengumpul penonton di luar Sarawak.

Katanya, angka terbaharu itu diperolehi berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh badan bebas.

” Sebelum ini, angkat rasmi penonton yang dicatatkan ialah lebih lapan juta.

Kini, TVS sudah mempunyai penonton di Semenanjung selain turut ditonton di Kalimantan,Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri hari ini.

Kerajaan Sarawak pada 2020 melancarkan TVS bertujuan untuk memanfaatkan potensi industri kreatif di Sarawak selain bekerjasama dengan pelbagai platform bagi menjana pendapatan komuniti tempatan termasuk dalam industri pelancongan.

Abang Johari berkata, ini merupakan perkembangan yang baik dan industri kreatif merupakan bidang baharu yang perlu diteroka secara mendalam kerana potensinya terhadap pertumbuhan ekonomi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.