Kanak-kanak lelaki lemas di kolam renang pusat peranginan di Lundu

Spread the love

KUCHING, 20 Feb: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah pusat peranginan di Lundu, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Damataries Lautin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 11.18 pagi. 

Katanya, mangsa pada mulanya mandi di kolam berkenaan bersama adik beradiknya sekitar pukul 9 pagi sambil ditemani ibunya.

” Bagaimanapun sekitar pukul 9.30 pagi, mangsa didapati lemas.

Kejadian itu disedari oleh orang awam yang berada di situ dan berusaha menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, mangsa dikejarkan ke Hospital Lundu dan disahkan meninggal dunia. – TVS

Tags: lemas, lundu

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.