Kes COVID-19 Sarawak hampiri 300

Spread the love

KUCHING, 15 Feb : Situasi jangkitan COVID-19 di Sarawak menunjukkan peningkatan kepada 284 kes dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 283 kes tersebut berada pada kategori satu dan dua, manakala satu kes untuk kategori tiga, empat dan lima.

“ Kuching mencatatkan kes tertinggi sebanyak 92 kes diikuti dengan Miri 77 kes, Sibu 58 kes dan Kapit 13 kes, manakala Bintulu, Kanowit, Samarahan, Serian masing-masing tujuh dan enam kes, “ jelas JPBN.

Sementara itu, daerah Sarikei dan Maradong pula dengan tiga kes, manakala Sri Aman dan Telang Usan dua kes.

Mukah, Bau dan Saratok pula masing-masing satu kes sahaja.

Ini menjadikan kes kumulatif COVID-19 di Sarawak mencecah 254,717 jangkitan.

Selain itu, 24 daerah lain tidak merekodkan sebarang jangkitan kes dan tiada kluster baharu yang diisytiharkan hari ini.-TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.