Malaysia terima pelaburan asing RM2 bilion tenaga solar dari Asia Timur – Richard Riot

Spread the love

KUCHING, 14 Feb: Fokus kerajaan untuk memperkukuhkan asas ekonomi negara melalui pelaksanaan dasar perdagangan dan pelaburan terbuka turut membabitkan usaha menarik pelaburan asing berkualiti tinggi dari negara Asia Timur.

Duta Malaysia ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, Dato Sri Richard Riot berkata, baru – baru ini beliau telah menerima pengesahan daripada pelabur asing dari negara-negara itu yang mahu melabur di Malaysia dalam sektor tenaga solar.

“Sebenarnya saya tidak mahu mendedahkan nama syarikat-syarikat berkenaan tetapi mereka telah membuktikan kesungguhan dengan menyerahkan Surat Niat (LOI).

“Berdasarkan LOI itu, jumlah pelaburan sebanyak RM2 bilion bakal disuntik dalam pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dalam kunjungan hormat itu juga , beliau telah menerangkan secara ringkas kepada Abang Johari mengenai matlamat pelaburan berkenaan.

Sementara itu, Richard yang juga Ahli Parlimen Serian berkata, beliau juga akan menumpukan usaha untuk membawa pelaburan yang sama ke Bumi Kenyalang.

“Sebagai anak jati Sarawak, sememangnya saya mahu membawa pelaburan asing besar ke negeri kita juga,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.