Beli dadah berhampiran pasar Mukah, lelaki 21 tahun ditahan polis

Spread the love

MUKAH, 14 Feb : Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, berjaya ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pinang 1 , pada semalam kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dadah dengan cara serahan tangan di sekitar kawasan pasar Mukah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah telah menahan suspek juga seorang peniaga menerusi Op Tapis yang dijalankan sekitar jam 7.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, kita telah merampas satu keratan straw kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.12 gram (anggaran nilai RM50) di dalam poket hadapan kanan seluar panjang berwarna biru suspek semasa tangkapan.

Kesemua barang dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan rekod kesalahan lampau, suspek pernah didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.