RMK-12: Kerajaan Sarawak peruntuk RM180 juta untuk program elektrik

Spread the love

KUCHING, 12 Feb : Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM180 juta bagi tiga program utama bekalan elektrik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, tiga projek tersebut adalah penyambungan grid skim pembekalan elektrik alternatif luar bandar (SARES) yang sedia ada, penggantian bateri dan komponen utama bagi sistem solar dan projek dana permohonan lewat dan tambahan (ALAF).

Berucap pada Majlis Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi, Julaihi berkata, projek ALAF bertujuan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kira-kira 17,000 isi rumah di seluruh negeri.

“Setakat hujung 2021, liputan bekalan elektrik bagi Sarawak adalah 98.6 peratus. Kawasan bandar mempunyai liputan sepenuhnya manakala liputan di kawasan luar bandar adalah kira-kira 96.5 peratus.

“Baki 3.5 peratus lagi, InsyaAllah, kita harap akan dicapai pada tahun 2025,” katanya sambil menambah kementerian akan melaksanakan pembangunan rangkaian penjanaan, penghantaran dan pengedaran untuk menyediakan kapasiti tenaga yang mencukupi bagi pertumbuhan dan pembangunan negeri.

Projek untuk pembangunan rangkaian ini diselaraskan dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.