Kuching City FC mahu tambah cawangan dobi, kukuhkan kewangan pasukan

Spread the love

KUCHING, 12 Feb : Pasukan Kuching City FC bercadang untuk membuka dua buah lagi cawangan kedai dobi pada tahun ini selepas kejayaan pembukaan premis pertama hujung tahun lepas.

Presidennya, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penambahan itu bertujuan untuk menjana pendapatan sekaligus menstabilkan kewangan pasukan.

Presiden Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman dan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

“Sebagai kelab bola sepak , kita harus mencari dana.

Pasukan juga menyewakan padang bola sepak yang dimiliki untuk kegunaan komuniti sukan bola sepak di sekitar daerah ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Kuching City FC di sini, malam tadi yang disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada musim ini, jersi skuad The Cats menampilkan empat variasi dengan mengekalkan warna tema putih sebagai jersi utama.

Mengulas lanjut tentang peluang perniagaan yang boleh direbut oleh pasukan itu, Fazzrudin berkata, pihaknya tidak hanya akan menumpukan operasi di Kuching dan Samarahan sebaliknya mencari peluang untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu , Fazzrudin berkata, sebagai ‘wakil Sarawak’ dalam kancah saingan Liga Premier, menjadi tanggungjawab pasukan itu untuk bekerja lebih keras bagi memastikan mereka mencapai kejayaan musim ini. -TVS

Pemain Kuching City FC menggayakan jersi terbaharu mereka.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.