Operasi pemeriksaan banteras buruh paksa di Lusong Laku, Belaga

Spread the love

KUCHING, 11 Feb: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah menjalankan Program Operasi Pemeriksaan Outreach ke Lusong Laku, Belaga bagi memperluaskan penguatkuasaan undang-undang buruh ke atas majikan di kawasan pedalaman untuk membanteras kegiatan buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar, berkata, program ini turut memberi kesedaran tentang risiko yang dihadapi pekerja Sarawak di luar negara.

“Seramai 20 orang pegawai dan petugas telah mengambil inisiatif untuk turun sendiri ke kediaman penduduk di pedalaman bagi menjalankan ceramah berkaitan isu perburuhan serta menjalankan ceramah mengenai isu berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan media mengenai Program Operasi Pemeriksaan Outreach Jabatan Tenaga Kerja Sarawak ke Lusong Laku, Belaga, pada Jumaat.

Beliau menambah, pihaknya berharap agar program seperti ini dapat memberi impak positif kepada orang awam bagi membendung masalah berkaitan isu perburuhan di negeri ini.

Pada masa yang sama, katanya, masyarakat tempatan, terutamanya komuniti di pedalaman, diharapkan akan lebih peka terhadap isu-isu berkenaan. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.