Dua lelaki ditahan di rumah panjang atas kesalahan dadah

Spread the love

MUKAH, 11 Feb : Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berjaya memberkas dua penganggur yang disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, kedua – dua suspek yang masing-masing berusia 22 dan 36 tahun ditahan di sebuah rumah Panjang di Jalan Selangau-Sibu pada pukul 2.30 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai terlibat dengan penagihan dadah sejak pertenggahan Jun tahun lepas.

“Mereka berdua ditahan ketika pasukan menjalankan pemeriksaan di pintu bilik Rumah Panjang Rumah Dali Ak Merawing.

“Hasil pemeriksaan, polis telah merampas satu bekas cermin mata warna hitam yang mengandungi tiga paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.66 gram dengan anggaran nilai RM150 di atas lantai bilik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) , Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.