Remaja 15 tahun direman bantu siasatan kes bayi maut ditikam

Spread the love

KUALA TERENGGANU, 9 Feb : Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki yang maut dipercayai akibat ditikam di Kemaman semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman (gambar) di Wad Bersalin Hospital Kemaman, setelah mendapat permohonan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Tengku Eliana dilihat tiba di hospital berkenaan kira-kira pada 12.40 tengah hari dengan diiringi anggota polis, dan difahamkan proses reman dilakukan di hospital kerana remaja itu masih menerima rawatan selepas bersalin.

Dalam kejadian pagi Selasa itu, bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan, ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada, dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam, di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi, Chukai di Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dilaporkan berkata polis menerima laporan daripada petugas kesihatan kira-kira 10 pagi semalam berhubung kejadian itu, dan sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya merampas beberapa peralatan tajam yang mempunyai kesan darah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.