Degil tidak bertempat, tapak pembuangan sampah dibakar 4 kali

Spread the love

SARIKEI, 7 Feb : Tapak pembuangan sampah di Jalan Merudu di sini terbakar dipercayai angkara perbuatan individu tidak bertanggungjawab membakar kawasan itu dengan sengaja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, Bomba memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikannya tidak terus berulang.

“Insiden berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan merupakan kejadian kali keempat ia berlaku.

“Kejadian disedari oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan kejadian sebelum bertindak menghubungi Bomba.

“Kita menggunakan satu aliran, salur bantu mula, air dari tangki jentera dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.58 pagi. Sejurus selesai, Bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan susulan bagi mengelak kebakaran berulang,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Mahmudin, perbuatan tidak bertanggungjawab membakar kawasan itu bukan sahaja mengundang bahaya tetapi juga boleh mengakibatkan kebakaran lebih besar jika tidak dikawal.

Malah katanya, tindakan itu juga boleh menimbulkan pelbagai masalah khususnya kepada penduduk tinggal di kawasan berhampiran.

“Api boleh merebak ke kawasan lain manakala asapnya pula menghasilkan bau busuk sekali gus menjejaskan aktiviti penduduk setempat,” jelasnya. -TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.