Tujuh PATI cuba masuk Sarawak diusir Tentera Darat Malaysia

Spread the love

KUCHING, 4 Feb : Cubaan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk masuk ke negara ini melalui Serikin berjaya dipatahkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen Infantri, kesemua PATI yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita ditahan di kawasan ladang kelapa sawit, di Kampung Strass pada pukul 8.15 malam tadi.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan cuba memasuki negara ini buat kali pertama kerana mahu mencari kerja,” kata kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kesemua PATI itu kemudian diusir keluar melalui Pos Tentera Nasional Indonesia  di sempadan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.