COVID-19: Sarawak catat 20 kes baharu hari ini

Spread the love

KUCHING, 3 Feb : Jumlah kes COVID-19 yang direkodkan di Sarawak bagi tempoh 24 jam lepas ialah sebanyak 20 kes iaitu berkurangan satu kes berbanding hari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak mencapai 252,881 kes sejak negara ini dilanda pandemik.

Sementara itu, berdasarkan data baharu hari ini, sebanyak 15 kes berada dalam kategori satu manakala lima kes lagi dalam kategori dua.

Daerah Kuching mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 13 kes diikuti Sibu dengan tiga kes dan satu kes masing-masing di Miri dan Samarahan.

Tiada sebarang kematian dan kluster baharu direkodkan hari ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.