‘Robot kaligrafi’ meriahkan Tahun Baharu Cina bagi kakitangan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

Spread the love

BEIJING, 1 Feb : Sebuah robot kaligrafi membawa kemeriahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada media dan juga kakitangan yang menyertai Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. 

Robot yang dilengkapi dua berus itu menulis perkataan ‘fu’ yang bermaksud kemakmuran dalam aksara Cina di atas kertas merah. 

Merah juga merupakan warna bertuah dalam kebudayaan Cina. 

Sementara itu, keluarga dalam masyarakat Cina akan menampal kertas merah itu pada pintu depan yang dipercayai untuk menghalau roh jahat selain diharapkan akan membawa kesejahteraan kepada keluarga. 

Tahun Baharu Cina pada kali ini jatuh pada tanggal 1 Februari 2022. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.