Utamakan kesihatan ketika menyambut Tahun Baru Cina – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 31 Jan : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebuah kerajaan yang komprehensif untuk memastikan kesejahteraan dan perpaduan antara kaum terjalin untuk menikmati pembangunan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg merakam setinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kepimpinannya selama ini, dan juga kaum Cina yang telah memberi mandat kepada GPS untuk terus berkhidmat.

“Saya wakil GPS, berterima kasih kepada rakyat kerana masih memberi mandat kepada GPS sebagai kerajaan yang mentadbir negeri Sarawak ini untuk lima tahun lagi,”

“Saya juga ingin mengucapakan kepada rakan-rakan Cina kerana masih beri peluang dan mempercayai kepada pentadbiran GPS yang mana janji saya bagi penglibatan orang Cina dalam kerajaan dan telah melantik Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak,”

Tambah beliau lagi, beliau berjanji akan melakukan terbaik bagi memenuhi keperluan rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lepas iaitu untuk menjadikan Sarawak negeri maju  menjelang tahun 2030.

Walaupun Sarawak sudah memasuki fasa empat namun beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menjaga tahap kesihatan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengekang penularan wabak COVID-19 terutama menjelang Sambutan Tahun Baru Cina esok.

“Sama-sama kita sentiasa berwaspada dengan mematuhi SOP untuk mengekang penularan wabak COVID-19 terutamanya ketika menyambut sambutan Tahun Baru Cina nanti,” katanya -TVS

Tags: #bm, waspada

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.