Sabah tutup sekolah diisytiharkan pencetus kluster COVID-19

Spread the love

KOTA KINABALU, 30 Jan : Keputusan Kerajaan Sabah mengarahkan penutupan sekolah yang diisytiharkan sebagai pencetus kluster COVID-19, bertujuan melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada dijangkiti wabak berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata keputusan itu juga untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat dibendung, supaya tidak merebak ke kawasan lain.

“Tindakan drastik ini juga adalah peringatan kepada semua pengurusan sekolah termasuk guru-guru, murid-murid dan ibu bapa, agar mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan ke atas murid-murid dan guru-guru sekolah.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja atau sekolah hendaklah dikuatkuasakan secara ketat,” kata jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 itu dalam kenyataan, semalam. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.