COVID-19 : Kes baharu di Sarawak meningkat kepada 29

Spread the love

KUCHING, 29 Jan: Sarawak mencatatkan sebanyak 29 kes baharu positif COVID-19 bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 28 kes berada pada kategori satu dan dua manakala satu kes pada kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 19 kes pada kategori dua bergejala ringan manakala satu kes berada pada kategori tiga iaitu jangkitan paru-paru,” jelas kenyataan berkenaan sebentar tadi.

Berdasarkan statistik, Sibu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak sembilan kes diikuti oleh Kuching sebanyak lima kes.

Kanowit pula mencatatkan empat kes diikuti Miri sebanyak tiga kes dan Limbang dengan dua kes.

Sementara itu, Bau, Samarahan, Sarikei, Betong, Subis dan Sri Aman masing-masing merekodkan satu kes.

Selain itu, 29 daerah lain tidak melaporkan jangkitan selain tiada kluster baharu dikesan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.