Belaga, Kapit dan Limbang tersenarai amaran ribut petir – MetMalaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Jan : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron dan di Selangor pula kawasan yang terlibat ialah di Hulu Selangor.

Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau

Di Sabah dan Sarawak pula,  kawasan yang terlibat ialah di Kapit (Belaga) dan Limbang di Sarawak, manakala Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.