Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan kaki, tangan terikat di sebuah rumah di Tampin

Spread the love

TAMPIN, 28 Jan: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun itu, pada pukul 3.02 petang semalam yang terbaring di atas tilam berhampiran pintu bilik dengan keadaan tangan dan kaki terikat, selain badan mangsa berbalut kain selimut.

“Kira-kira 2.30 petang, isteri bersama ibunya dan anak lelaki berusia empat tahun telah pergi ke rumah, susulan mangsa tidak berjaya dihubungi dua hari lepas. Kali terakhir isteri mangsa menghantar mesej menerusi WhatsApp pada 3.36 pagi tadi (Khamis), namun tidak berjawab.

“Isteri mangsa kemudian meminta bantuan daripada jiran untuk hubungi bomba kerana melihat mangsa melalui tingkap bilik dalam keadaan tangan dan kaki suaminya terikat serta berbungkus,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Anuwal berkata mangsa dianggarkan telah mati lebih 24 jam dan mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sementara itu, rakan baik isteri mangsa Aina Kamarulzaman, 38, berkata dia yang tinggal berhampiran, bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dari isteri mangsa.

“Isteri mangsa yang juga kawan baik saya ada memberitahu rasa tidak sedap hati kerana panggilan telefon kepada suaminya tidak berjawab sejak beberapa hari lepas. Mereka telah menyewa di rumah tersebut kira-kira setahun,” katanya.

Aina berkata isteri mangsa sudah hampir seminggu berada di kampungnya di Pulau Gadong, Melaka kerana tidak sihat, selain pasangan suami isteri berkenaan baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka Sabtu lalu di kampung.

Beliau berkata mangsa dan isteri juga aktif membantunya melakukan kerja amal menerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live