BKSS 8.0: Diskaun elektrik dan air, bantuan RM1,000 kepada penjaja kecil, RM500 kepada pengendali van, bas sekolah dan penambang -Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 28 Jan: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan tujuh inisiatif membantu rakyat menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0.

Bertemakan Pemulihan Sosioekonomi Rakyat, Abang Johari berkata, pakej bantuan keseluruhan yang bernilai RM285.47 juta itu diyakini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. 

Katanya, langkah pertama di bawah BKSS 8.0 ialah meneruskan inisiatif pemberian diskaun lima hingga 25 peratus ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri bermula Januari hingga Jun 2022. 

“ Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah, pengguna komersial dan industri di seluruh Sarawak. 

Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.8 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas pengumuman BKSS 8.0 di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga meneruskan pemberian diskaun 10 hingga 25 peratus ke atas bil air bulanan untuk pengguna domestik, komersial dan industri bagi Januari hingga Jun tahun ini.

“ Diskaun ini akan memanfaatkan lebih 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM24.0 juta,” katanya.

Langkah lain yang diumumkan meliputi diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) selain pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis – premis milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun.

“Kerajaan juga akan memberikan bantuan tunai secara one off sebanyak RM500 kepada penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah di Sarawak,” katanya.

Pada masa sama,  Abang Johari turut umumkan geran khas RM1,000 secara one off kepada 87 500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan.

Laporan lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live