Shah Alam dilanda ribut, 13 rumah dan 10 kenderaan rosak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Jan : Beberapa kawasan di Seksyen 13, Shah Alam dilanda ribut kira -kira pukul 5 petang tadi.

Hujan lebat disusuli angin kencang turut menyebabkan kerosakan struktur bangunan dengan antara yang terjejas ialah beberapa pasar raya dan sebuah universiti swasta.

Difahamkan, sebanyak 10 kereta dilaporkan rosak akibat kejadian pokok tumbang.

Sementara itu, Bernama melaporkan sebanyak 13 buah rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 adalah antara yang terjejas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian ribut pada 5.15 petang yang mengakibatkan bumbung rumah penduduk tercabut dan diterbangkan angin. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live